Thursday, 28 February 2013





♥ 2O11 MATRICULATIONS LIFE ? ♥




        Ini kehidupan aku ! "  Fist time " hidup berasingan dengan mak dan abah, dalam erti kata lain, ASRAMA lah... Setahun je, tapi, rasa macam 4 tahun ! Huh, sangat penat hidup di KMPk. Kelas mula dari 8 pagi sampai 4 petang. Amat terseksa, kuliah + tutorial dalam masa sehari.. cuba bayangkan.....
        Malam ingatkan ada masa rehat-rehat. Tidak lah !!  sorry  banyak lah.. Malam, tugasan dah ambil alih masa tu dari aku. Sesuka hatinya !! Dari pukul 9.OO malam sampai pukul 1.OO pagi, anggaran je lah. Kalau tanya pasal dunia  Facebook jarang-jarang sekali lah,  Twitter  apa tah lagi,  Blog tu tak wujud lagi time tu.. heehe..






        Tapi apa-apa pun, time di KMPk lah yang paling sedih + seronok ! Jumpa kawan yang sanggup study bersama sampai lewat malam, yang sedihnya, kawan KMPk hanya kekal setahun, itu pun, kalau masih  contact sesama kawan kalau tak nak terputus relationship.

        Aku rasa seronok terlebih ni bukan sebab apa, cuma dapat hidup berdikari yang jauh dari mak abah secara mengejut. Tiba-tiba lepas habis sekolah menengah, terus masuk asrama di KMPk. Tak ada apa-apa yang drastik pun, cuma homesick sekejap je. Lepas dah jumpa kawan sekepala dengan aku, mula lah tak nak balik kampung, kadang-kadang sampai tak nak mak abah datang melawat aku. Bukannya aku dah lupa mak abah, cuma tak nak risaukan + menyusahkan mak abah. Drive  lama-lama, penat, semata-mata nak jumpa aku setiap minggu. ~ SWEET sangat  ~ Itu lah namanya ibubapa, yang sanggup korbankan masa demi anaknya untuk berjaya dimasa hadapan !!
# sayang mak abah #


♥ Allah swt diawalkan, Ibubapa didahulukan, Kawan susah senang diutamakan ♥



~ BESt FRiEnd ForEvEr ~





        27 Februari 2013, adalah tarikh amat bermakna buat aku di UKM. Tapi bagi kawan aku ?
Untuk melegakan dan menyedapkan hati, aku membuat tanggapan positif, mungkin kawan ak menghargai juga tarikh tersebut. Setelah 5 bulan aku berada di sini, " homesick" aku telah berkurang, wah ! cayalah syira ! Chayok chayok ! malah jarang sekali pulang ke Taiping, Perak. Paling tidak, 2 bulan sekali berbanding sebelum ni, sebulan sekali. Huh, parah tu, kalau tak berubat sebelum terlambat.





        Ubat ? Ubatnya mudah dicari, tidak perlu dibayar, tidak perlu jumpa doktor. Ianya mudah, hanya memerlukan sifat toleransi, ramah tamah, bertolak ansur, mesra, sopan santun, "  easy going ",  dan yang paling mujarab adalah SENYUMAN. Menurut pandangan ulama' , senyum itukan SEDEKAH.
Betul bukan ? Tetapi, jangan lah buat muka SOMBONG, bukan setakat kawan yang lari, malah, mat-mat banggla pun cuak ! Jadi,  LU PIKIRLAH SENDIRI".
         Syukur alhamdulillah, kawan-kawan aku ni, semuanya sekepala dengan aku. Susah senang bersama, aku dah nampak sebelum ni. Jadi, ringan-ringan lah mulut tu untuk senyum, ok?

Wednesday, 27 February 2013



WAhAI SanG pEMILik RusuK Ku..






Rasulullah bersabda “Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu membiarkannya akan terus bengkok selama-lamanya. Jesteru, berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan)“ -HR: Bukhari dan Muslim



     Siapa pun kamu, aku memang sedang menanti kehadiranmu dengan penuh debaran.. Hanya Dia yang Maha mengetahui..entahkan 'kau', entahkan 'dia', entahkan si...errrr... wallahua'alam!!

Aku ini hanya manusia biasa..aku ini manusia yang selalu saja tersilap..aku ini yang sering saja goyah apabila syaitan mula menghembuskan bisikan-bisikan indahnya..aku memang serba kekurangan..aku ini masih bertatih..!

Namun, aku sedang gigih memperlengkapkan diri.. aku sedang berusaha memperbaiki diri..aku sedang memperhalusi adab-adab yang tercatat dari Al-Quran dan Sunnah. Semoga Allah SWT memeliharaku dari gangguan syaitan dan fitnah dajjal.. serta memeliharaku dari sifat-sifat orang yang munafik.. na 'uzubillahiminzalik !!

IDOLAKU
Wanita-wanita mulia di sisi Rasulullah SAW  yang tabah, sabar dan setia itu adalah Khadijah bukan..?
dan wanita  penyejuk mata itu Aisyah Humaira'..
Oh, ada lagi !! Safiyyah yang sunguh bijak..  SubhanaAllah, aku ini di mana tahapnya?
~ baiklah Akan ku singkap semua kisah wanita-wanita mulia yang hidup bersama Rasulullah SAW... akan ku catat ciri-ciri diri mereka itu satu-persatu.. AKU INGIN BERUBAH menjadii lebih baik.

-Allahummasolli 'ala muhammad wa 'ala ali muhammad-