Wednesday, 5 June 2013

Kuasa imaginasi.







Bayangkan hari anda menerima keputusan peperiksaan. Bagaimana keadaan yg anda inginkan. Walaupon keadaan yg masih belum berlaku, tp sudah pasti anda ingin hari yg membahagiakan.

Jd usahalah bermula sekarang. Supaya imaginasi anda menjadi realiti.




P/s: jangan bayangkan gajah biru. Hmm. Korang da bayangkan. Betol x? Mana ada gajah biru, tp korang Boleh bayangkan.

The power of imagination


Ketagih ??

Subhanallah.. Apa nak jadi dengan aku... Jagung pon nak ketagih..

Bermulanya dari restOran steambOat..

ingatkan nak nak cuba-cuba jer, sebab restoran steambOat tu sangat special.. pelbagai menu dan pilihan.. Ambil seberapa banyak yang nak, cuma RM29 perhead.. everything at there, "aiskrim, float, pencuci mulut, refill air.. erkk!!.."

15 minit kemudian...... bermulanya kisah sebatang jagung..... jagung mentah..!!!! mula-mula ingat cuma ingin merasa dan anggap sebagai pencuci mulut, tapi, dah terasa kemanisan + kesedapan jagung susu, dah pula menambah jagung, sampai kawan-kawan pon terikut sekali... hahaha... Tasnim, tasnim... maafkan aku...



Jagungg ..?


Bercuti with team Kebajikan ...!!!






Aaahhhh...!!!! selamat sampai di Lost world Of Tambun, ipOh, Perak..
Tepat pukul 1.oo ptg, haa..!!! dengan cuaca yang sangat panas, Of cOurse lah excited nak terjun dalam Waterpark..!! hahhaa...

Bercuti sakan nampaknya..!!! minggu study week, orang sibuk study aku sibuk berjimba-jimba..!!! Haruslah, kosongkan otak, release tension,..

Mana boleh lepaskan peluang, orang ajak, pergi je laa..
Aalaahai,... only bring RM 100, dah boleh berjalan-jalan ke merata tempat + membeli belah lagi tu.. Haaa..!!! beruntung sangat...


Lavender Garden 


camerOn Hinghland..



 Tea Boh Centre


** Everything in package.. 

Sunday, 2 June 2013



Dilema...!!



aDUHAi.. berikan lah aku kekuatan.. dimana hala tuju aku..??? penat tiap-tiap hari berfikir, untuk majoring dalam course apa.. Kenapa susah sangat nak buat keputusan Syira..!!!! Pilih jer, kan mudah... 
memang mudah sangat nak memilih kan.., tapi yang sengsaranya aku, aku yang study, aku yang dalam minggu study week, tiada yang bantu... 


Hati kata Perakaunan, Otak kata Ekonomatrik.. seriously, memang tak dapat dijangka, pilihan ekonomatrik dalam fikiran aku..  sedangkan belajar Perakaunan sejak dari tingkatan 4 lagi.. aduhai, mungkin otak kata "letih" nak fikir pasal akaun-akaun syarikat lain, sedangkan syarikat sendiri tiada.. hhhaah.. tolong buka dan tutup catatan jer, sendiri punya akaun..?? Haiya...

** Minta pendapat ibubapa, samada sesuai atau tidak, ibubapa lebih memahami..

Zaman 2013/2014 

instagram !!

viBer..!!

weChat..!!

whatsAap..!!

linE..!!


Demam anDrOid......



AN AN AN... tottemo daisuki...DORAEMON...


Entri kali ni, nak citer pasal DoraemOn.. Doraemon kartun paling canggih dalam zaman 1970.. kalau nak dibandingkan dengan tahun2013.. 

cop cop, kalau tengok citer doraemOn, mesti semua teringin nak jadi macam doraemOn, paling lower pon, nak PINTU doraemOn, "pintu kemana sahaja" atau "helikopter"... hahaha... eleh, jangan nak sombong sangat, aku pernah lalui zaman kanak-kanak jugak.. Aku pon pernah idamkan kewujudan pintu doraemOn..  Mudah, tak payah susah-susah naik kenderaan atau bersiap-siap sampai 20 mnit, gara-gara nak pi kedai runcit depan rumah.. ##membazirkan masa..

So, apa kes nih, doraemOn secanggih mana pon, ada juga episod terakhir..


"tiada yang berkuasa selain Allah swt."



Jangan biarkan LAPTOP
berada di.....

Sesuatu perkara yang selalu dilakukan pasti ada keburukkan.. Tidak semua yang sempurna..

Disebabkan, Kipas laptop berkenaan tidak mendapat udara cukup untuk menyejukkan komputer lalu menjadi semakin panas dan terbakar...

Mungkin terfikir, kenapa laPPy tak bOleh letak sesuka hati atas bantal, tilam.. Ini disebabkan, tilam dan bantal adalah penyerap haba, dan tak boleh membebaskan haba, jadi ia semakin panas dan panass...



then, see what happen,



**Jangan gunakan komputer riba di atas katil yang terdapat juga selimut dan bantal
NiaT ..?


Niat hati memang nak sangat2 tengok citer inggeris nih..!! tengah tOp kan irOnman 3... yelah, citer inggeris memang 1st class kalau tengOk kat panggung, dengan sOund effect nya sekali , haishh..
Unfortunately, niat tak dapat ditunaikan, disebabkan panggung penuh.. Musim cuti sekolah kOwt..!! Alahai....



Fast & FuriOus 6, aku ikut citer ni dari zaman ke zaman, dari fast furious 1 sampai 5 aku tengok.. Tapi, sakit hatinya, masa yang sama!! Musim cuti sekOlah !!! hish... tempat duduk cuma tinggal seat Depan sekali..!! pergghhh, gigih nak mendongakkan kepala.. baik tengok kat rumah, ada tOtO ada bantal.. ha..!!!


 Ni satu hal, nak tengok startrek, pon tak menjadi, masa tak sesuai.. nak tayang malam-malam.. memang studenT macam aku tak boleh tengok kan..? Gigih pergi MidValley waktu tengahari supaya nak balik sebelum pukul 7.oo petang. Last2, tayangan startrek pkul 6.15ptg.. Memang Terbaeekkk..!!


Epic, Asal-asal, mOvie ni menarik perhatian aku.. sebelum ni Giant and the Slayer..!! Mostly, kalau citer aksi inggeris tak dapat tengok, pilihan terakhir kartun je lah..Jalan citer pOn menarik..
 Alahai..!! Menyesal kOwt, tersilap beli tiket Bikers Kental..!! dan gara-gara tersilap pilih waktu. Ini lah akibatnya, kalau nak balik awal, lepas tu, pilih citer yang start awal dan habis awal.. **Menyesal..!!
Sedangkan Epic the MOvie start pukul 4.ooptg, Bikers Kental start pukul 3.45ptg..



**Menyesal tak suDah, lama-lama citer Bikers Kental mesti tayang kat TV (Aidilfitri) : (





Citer hOt ..!!!



Zaman sekarang, Citer paling hot, citer dari adaptasi nOvel la..... Of course citer nOvel sekarang top-top..
Mana layan dah citer Rosyam Nor tu, tak main lah.. dah tak sesuai dengan zaman sekarang..
Mula-mula start dengan Nur Kasih, Setia Hujung Nyawa, Adam Maya, Bicara Hati, Adam Hawa, Cinta Kau Dan Aku, cinta Saiz XxL.. Hurmmm..., banyak kan drama bersiri dari nOvel..?? Dah  trend zaman 2012/2013...
Salah satu sebab citer tu jadi bukannya apa, mungkin sebab herO dan herOin, dan tak terlalu Over..
Kadang-kadang, citer yang diadaptasi dari novel bukan 100% diambil dari nOvel, malahan de yang menokok tambah dan buang scEnE yang tak patut..
Sebagai contohnya, citer Bicara Hati, kalau nak dinilai, citer tu memang best, tetapi, bak kata Orang, herO drama tu tak best, huurmm, pe lagi, tolak tepi laa..

## kepada pEnulis nOvel : tulis CitEr  yang serOnOk dan mengikuT trEnd.. : D


StUdY wEEk ..!!!


Alhamdulillah, pejam celik pejam celik, dah nak habis semester 2,.. Sekejap sangat berlalu.. So, pe lagi, dah nak habis semester 2, tiba masanya musim STUDY WEEK. seminggu je masa yang diberi untuk study.. In sha Allah, dengan hasil usaha kita, mungkin sempat.

Tapi, sebelum study, cuba fikirkan dengan sipa kita ada buat salah, terkasar bahasa, atau apa-apa je lah..
Jadi fikir-fikirkan lah kalau nak study dengan tenang, selesa, mudah faham, mudah ingat, minta maaf terlebih dahulu, walaupun kita rasa kita tak pernah buat salah terhabap beliau..

Ha..!! Lagi satu, yang diutamakan ialah, minta restu mak abah.. Kerana mereka lah yang sering mendoakan kejayaan kita disini (UKM).. Kadang-kadang mana kita tahu, dalam doa kedua ibubapa kita, terselit untuk anak-anaknya supaya berjaya didunia dan diakhirat.

Melalui pengalaman aku, pernah sekali, mak tanya pasal tarikh EXAM aku, dan secara tiba-tiba, mak terlepas cakap, "syira, exam berapa haribulan? mak nak puasa nanti.." Errk..!!
Sangat terkejut, baru aku tahu, selama ni, mak aku puasa time aku EXAM sPM , rupa2nya... Hurmmmm...,