Wednesday, 29 May 2013


CERAPAN BULAN ...



Betapa indahnya ciptaan Allah SWT..

Ini adalah salah satu gambar yang kami tangkap melalui teleskop... hahah... sanggup ooo.. kalau nak tangkap directly, memang tak nampak lah permukaan bulan tu macam mana.. So, lastly, ambil keputusan, tangkap gambar dekat teleskop... Dekat USIM ok.. Sangat menakjubkan..!!!

Ini adalah salah satu program untuk dapatkan dana sesebuah kelab.. Jadi, kan lebih bagus dan bernas kalau nak dapatkan dana dengan mengadakan program macam ni. Memang confirm ramai yang datang, bukan setakat pelajar universiti malahan dapat mendedahkan ciptaan Allah SWT pada kanak-kanak..
Selain tu, mereka juga mendedahkan tarikh dimana matahari betul-betul diatas Kaabah. 


## Kalau tak silap aku, 28 Mei, jam 5.16 petang jam Malaysia, baru-baru ini.
** Jadi, dapat menentukan kiblat sebetul-betulnya hanya berpandukan bayang-bayang matahari. :D

Alhamdulillah...



SeJak bertolak ke USIM, bejimba-jimba dengan Kak Nurul Athirah, akhirnya kami menjadi rapat dan mudah berbicara. Walaupun hanya sehari kami bermalam di rumah Kak Nurul Athirah, tetapi sangat selesa. Wahhh, ayat !!! skema + poyoh ...!!! Ahh..!! demam Refleksi Pembangunan Diri 2..Al-maklumlah, 1 refleksi 300 patah perkataan, kalau dah 4 refleksi tidak kah 1200 patah perkataan.. sangat killer nak buat ayat skema sampai 1200 patah perkataan.. pergghhh.... hahaha...

 ok ok, lari topik pulak..!!! haish, Memang lah sehari tu bagi orang lain tidak bermakna, tapi bagi saya, eliya, tasnim sangat teruja.. Dapat berkongsi ilmu, meluangkan masa dan menambah kakak.. tak cukup kalau ada 1 je kakak.. so, Ringan-ringan badan, mulut, untuk menjadi seorang yang peramah dan berjalan, agar dapat menambah ilmu dan rakan... : D

Wednesday, 1 May 2013



BAU WANGI BAYI : ADAKAH ANDA PERASAN?

Perasan tak setiap kali kita cium bayi, ada bau yang amat wangi dan mendamaikan. Akan tetapi, bau ini lama-lama akan beransur hilang apabila bayi semakin membesar bulan ke bulan.

Tahukah anda bau apa itu?

Dalam hadis diriwayatkan oleh Ahmad, Imam Bukhari dan Muslim. Rasulullah SAW pernah bersabda : "Anak-anakmu adalah penduduk-penduduk kecil syurga"

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Tabrani : Rasulullah SAW pernah bersabda: "Bau bayi itu (berasal) dari bau SYURGA"