Wednesday, 24 April 2013


( 1 ) 


( 2 )


( 3 )


( 4 )




Lepas program ni habis, de lagi program lagi yang mendatang.. tak henti-henti.. penat Ooo... siapa lah yang tak kata penat? penat sangat2 !! program ( 1 ) dah lepas.. Alahamdulillah.... syukran2 !!

By the way, 3 program yang mendatang.. what? Alahai !! termasuk lebih program.. memamng kaya betul dengan program...

Cc To: Pengarah Pemasaran (apa-apa program lah) buat yang terbaik, bukan mudah menjadi seketariat pemasaran, sering dimarahi, di pandang lemah, dipandang tak buat kerja.. Sedangkan ia amat memenatkan. Teramat sangat2..!! Duit poket hari-hari kering, sebab duit poket pengarah pemasaran lah yang menjadi mangsa sebagai modal untuk apa-apa jualan. Malahan, kadang kala, lenyap macam tu je. Siapa nak ganti , ha? perggh, bukan sikit, RM 150 !! memang disedekahkan lah kan...

Tak apa, Hanya mampu bersabar.. Kerana Allah swt, suka orang yang penyabar... : D

Ini semua gara-gara nak mengutip LC sebanyak mungkin pada tahun 1, yelah, ramai yang kata, tahun 1 ni, masih tak berat dengan tutorial lagi.. ha? betul ker? aku punya tutorial banyak je... by the way, In Sha Allah, tahun 1 ni, dah kutip LC penuh-penuh, then lepas nih dah boleh tumpukan perhatian ---> DEAN LIST ! huh, sangat-sangat mengharapkan... Berkat Doa mak & abah...
SubhanaAllah, renung-renungkan lah, cukup banyak jasa ibu & abah, sejak dalam kandungan sehingga anaknya mendirikan rumah tangga..
Bukan niat mereka hendak mengongkong, tetapi, cuma mahukan anaknya tidak nakal, tidak melakukan perkara yang tidak senonoh, dan memalukan mereka sendiri.. Kerana takut diperkatakan oleh orang sekeliling, kerana tidak menjaga anak sebaik mungkin... Lebih-lebih lagi anak perempuan. Mereka sering melebihkan anak perempuan, supaya memiliki budi pekerti, sifat, budi bahasa yang baik..

Jika kita sedar, ibu abah paling banyak berdoa untuk kita, agar kita menjadi anak yang soleh/solehah. Ketika masih dalam kandungan, bayi, ketika anak-anaknya sedang tidur.. Antaranya,






 
Jika anda tersedar dari tidur, pada waktu malam, ibu anda akan usap kepala anda, dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW, agar kita menurut perintah agama, bertaqwa , beriman pada Allah swt, serta menurut kata-kata ibu abahnya. Itulah yang sering dilakukan oleh ibu kita, ketika sedang tidur dengan selena-lenanya. SubhanaAllah, Begitu banyak pengorbanan ibu abah..
Aku mengaku, memang banyak buat salah kepada kedua-dua orang tua.. Tetapi, pada usia mereka yang sudah berusia, iaitu 59 tahun dan 51 tahun, aku telah berubah dan ingin menjaga hati mereka sebaik mungkin.. Tiada ibu abah selain mereka.. tidak semudah memetik jari, 10 ibu abah yang datang. TIDAK ! Mereka adalah darah daging kita, sebaiknya, jaga lah hati mereka lebih daripada sebagaimana kita menjaga tunang atau kekasih atau sesiapa lah. In Sha Allah, Allah maha Penyayang....

Tidak semudah itu, Sebagai seorang anak yang ingin menjadi anak yang soleh & solehah, haruslah mengamalkan doa-doa kepada ibu abah kita untuk kesejahteraan mereka.



Assalamualaikum..,

Entry kali ni, aku nak cite pasal penderaan kucing !
korang semua pernah nampak gambar-gambar penderaan kucing terlampau? atau video penderaan?
kalau pasal video pasti korang mahir pasal youtube... Youtube, kalau sehari tak buka, tak boleh hidup punyer .. ! nah, tengok x2 !!


SubhanaAllah,

 Astaghfirullah Al-Azim,

Ya Allah,
 La Ilaha IIallah


AllahuAkbar,

Walaupun mengurung kucing didalam sangkar adalah salah satu penderaan !



Kenapa perlu mendera kucing sampai macam tu sekali.. Apa yang binatang secomel tu dah lakukan pada kamu wahai manusia? Dia tidak berdosa, malahan TIADA AKAL seperti manusia..!! Siapakah yang lebih beruntung? Manusia atau binatang seperti kucing tu?
Cuba kamu semua renung-renungkan, binatang apakah menjadi kesayangan Nabi Muhammad SAW?
KUCING,KUCING, KUCING !!!
tidak kah kamu sedar, walau sekadar menendang,membaling,memukul kucing pon tidak boleh, berbuat sedemikian apatah lagi... ? Sedarlah wahai Manusia, Allah SWT adalah maha Berkuasa,

## Tiada Yang Lebih Berkuasa Selain Allah swt ##

Wednesday, 17 April 2013


SeleSai suDah ,,

Alhamdulillah, HAKERA (Hari Keterampilan Mahasiswa) pon dah nak berlangsung jumaat ni, 19 april sehingga 21 April... Syukur Alhamdulillah... Bukan nya pe... Alahai !!! beban dah kurang... Boleh lah buat assignment dengan setenang-tenangnya...

HAKERA is coming this Friday.... selesai 1 masalah yang sering meganggu fikiran aku...
Bila pergi kelas, mesti terfikir, terbayang, teringat dengan program
HAKERA....
Aduhai....





KEMBARA CAKNA (program di kampung asli) pon dah nak diawalkan dari bulan 6, diawalkan dan program tu akan berlangsung 2 minggu akan datang... syukur Alhamdulillah.... dan In Sha Allah, akan dapat sponsor.... Wow !!! jjeeeaaayyhhh ..!!!
memang terbaekkkkkk.... Rezeki x2 !!!!

Bukan mudah nak dapatkan sponsor yang sanggup beri kerjasama macam ni ha !! so, what are you waiting for? Just grab it ..!! hahahak9...

Thursday, 11 April 2013


Stress ?!!

SubhanaAllah, kali ni aku dah mula rasa stress !!
Dengan jawatan yang aku pegang, assignment yang banyak... alaahaaiii.....
Memang silap aku, waktu mula daftar kelab/ aktiviti kolej.. yelah excited  daftar + dapat kawan baru..  Pendek kata, terikut kawan.. aduih.... aku nak lah senarai sikit pe jawatan aku.

1. Pengarah Pemasaran
2.  Pengarah Sambutan
3.  Ajk kelab ict & fotografi
4. Pengarah Jamuan
5.  Sebagai seorang anak yang ingin membanggakan ibubapa (4.00 flat)

Sangat memenatkan.. Aku mengaku memang salah aku... Tapi, setiap jawatan yang aku pegang, aku tak akan bagi tahu kt mak & ayah aku.. Aku takut  diorang risau  dengan kesibukkan aku dengan aktiviti kolej...
Bukannya nak menipu, tapi niat aku tak nak menyusahkan mak abah...
Penat diorang hantar aku datang sini untuk study, berdikari.. Alih-alih tersalah langkah...
huurrmmm...
Lagi satu, paling aku marah + tension + sedih  +++.. bukannya apa, aku dah usaha sungguh  dalam satu program ni,  by the way,  diorang tak hargai.. penat aku  call  company  itu ini,  kredit aku habis gara-gara pengorbanan aktiviti kolej... Kadang-kadang aku terlupa nak telefon Mak ayah, untuk   tanya khabar....
Pergghhh.. apa-apa pon,  kawan-kawan aku tahu,  situasi aku macam mana kalau stress....
like a cengkerik *krikk99.. Nothing to say... hanya mampu berdiam diri... Tak sanggup nak cakap apa-apa..
So, nak bagi peringatan kepada intake 2013/2014, hati-hati yer bila daftar kelab............

Wednesday, 10 April 2013

" Ahli  Keluarga "



Hye !! kali ni, aku nak cite pasal ahli keluarga. Ramai orang beranggapan, anak ramai lebih baik daripada anak sikit. Erk ! tak rasanya, sebabnya, seorang IBU & ayah boleh menjaga 10 orang anak, TETAPI, seorang ANAK tak boleh kedua-dua ibu dan ayah. Hurmmm..., Pelik !
By the way..., memang semua ibu bapa nakkan anaknya semua pandai-pandai. Kadang kala, sanggup menghantar anak-anak ke tuisyen, walaupun dah malam (10.00mlm).
Banyakkan pengorbanan ibu bapa kita? 1 subjek bukannya murah, melalui pengalaman aku, pusat tuisyen aku, 1 subjek RM 30 ! Masa tu aku ambil 4 subjek ! 4 x RM30= Rm120 ... tu baru kira bulanan belum lagi tahunan. Hurmm... Sangat banyak, dan rugi lah, kalau kita tak usaha sungguh2..!

Tapi, apa-apa pon, kita dilahirkan semuanya tidak sempurna, Kalau lah semuanya sempurna, memang ramailah yang bongkak, sombong ! Sebenarnya, dalam ahli kelurga kita, korang perasan tak, salah seorang daripada adik-beradik kita tak dapat sambung study dalam atau luar negara, malahan STPM/MATRIKULASI, cuma sekadar habis SPM sahaja... betul tak? Hurrmm,



Jangan pandang rendah dekat dia, sebab, nak tahu tak kenapa? Dia lah akan menjaga ibu dan bapa kita. Yelah, dah semua pergi study, sibuk hal masing-masing, sampaikan terlupa nak telefon ibu bapa. Siapa lagi nak menjaga kedua-dua orang tua kita? Dia lah yang selalu bawa ibu bapa kita menjenguk abang, kakak, atau adik yang merantau untuk sambung belajar dan selalu mengambil berat tentang kesihatan ibubapa nya ketika sihat dan sakit.

Namun, disebalikya, dia bijak orangnya, sebab apa, "dalam hati dia, dah berniat sebelum EXAM spm, jika aku belajar bersungguh-sungguh, then SPM aku 9A's, lepas tu, aku mesti teringin nak pergi OVERSEA, dapat kawan dengan mat/minah salleh, haishhh !!!! But, kalau aku berperangai, sedemikian, siapa nak jaga mak & ayah aku? lebih baik tak payah study elok-elok, boleh rapat dan manja dengan mak abah... ha ! lega + dapat pahala ". See !! bijak tak dia ? 

Tuesday, 9 April 2013

adakah ia Cinta WHATSAPP ..?

sebelum ni, terkenal dengan cinta muka buku.. yelah, mula-mula niat addfriend sahaja.. banyak step sebenarnya.. melalui kajian saya atau pendapat saya lah...

1. si lelaki dan si perempuan masing-masing memberi salam ' assalamualaikum'
2. bertanya study / tinggal di mana.
3. semakin hari semakin mesra lah konon
4. hari-hari chat di facebook, kalau tak chat, tak boleh lah.
5. mula bertukar no. telefon (si lelaki) yang mula dulu, not perempuan... TETAPI, dlm diam, perempuan memang nak minta no. telefon, namun, dengan mempunyai perasaan malu, menjaga maruah sebagai seorang perempuan, jadi, perempuan hanya mapu berdiam diri. Dan mengikut langkah ini, jika rindu sesorang,lafazkanlah  "al-fathihah" sambil tangan didada.. huurmm..
6. mula lah sms pagi, petang, siang, malam..
7. dalam seronok ber SMS, si lelaki pasti menyelit 1 sms nak ajak berjumpa... betul tak?
si perempuan pon, setuju aje yer..
8. bercinta lah kot.... errr....
9. THE end....




Disebalik zaman moden nih, Cinta facebook dah tak popular dah.....
sebab WHATSAPP dah muncul.... SMS dah lah free, cuma guna wifi jer..
step berkenalan melalui WHATSAPP lah paling mudah....
tak perlu buka facebook tiap-tiap hari...
` cuma bertukar no. telefon di facebook hanya sekali sahaja, dan melalui step yang seterusnya....
THE END.

wah !! senang kan.. Tapi, banyak keburukkan nya.. korang-korang semua tak fikir....
main belasah jer...
bercinta di alam maya nih, buang masa jer..
sebab, masa kita terabai, kerja tertangguh, asyik fikir si dia jer...
padahal kita tak kenal si dia pon.. betul tak?

## peringatan !! si perempuan hatinya sangat lembut & insan yang lemah, tolong lah jangan seksa perasaan kaum HAWA .